FREE Pattern KAIRA ENVELOPE CLUTCH
icon-search
icon-search

ELYSIAN SLING BAG

ELYSIAN SLING BAG

Buat pertama kalinya Pattern Bag dari saya telah siap. Lama betul ambil masa, sebab pertama kali nak jual PDF pattern banyak benda yang perlu dibuat. Elysian sling bag sesuai untuk mereka yang berminat untuk menjahit beg terutama untuk yang baru nak mulakan hobi baru ini. Alhamdulillah pattern ini boleh dibeli diwebsite ini website be bag maker (2).png

Apabila pembelian sudah dibuat, dalam masa 24jam saya akan menghantar Tutorial dan pola beg melalui email. Selepas itu Bag Maker bolehlah download seperti biasa. Bahan-bahan untuk membuat Elysian Sling Bag pula akan diposkan dalam masa 2 3 hari dari tarikh pembayaran.
Untuk Bag Maker yang rasa susah untuk download dan print sendiri pola, boleh juga memilih untuk membeli salinan pola dan bahan sekali. Dimana kedua-duanya nanti akan diposkan bersama. 

website be bag maker (1).png

Bag maker akan terima bahan-bahan untuk membuat Elysian Sling Bag adalah seperti
Kain linen bercorak
Kain linen polkadot
Kain gam/CS 5530
Batting Instant 200g
Metal Adjuster 2.5cm 1pcs
Metal Swivel Lobster Clasps 2.5cm 2pcs
Metal D-ring 2.0cm  2pcs
Purse Tongue Locks #2 1pcs
Webbing cotton 2.5cm 1.5m

Ukuran
tinggi 18cm
lebar 24cm
lebar tapak 8cm

elysian bag.jpg

Apabila membuat Elysian Sling Bag ini Bag Maker akan belajar cara menggunakan batting instant, dimana kerja akan lebih mudah kerana tidak perlu diiron.
Nota yang mudah difahami dengan mengunakan bahasa malaysia dan bahasa santai.
Bag Maker juga akan belajar cara membuat tali beg dan juga mencuba menjahit beg yang ada bahagian tepi/gusset. Juga trick untuk membuat beg cantik, tegap dan kemas.

website be bag maker.png

Diharap pattern Elysian Sling Bag ini akan ada peminatnya dan memberi saya semangat untuk membuat lebih banyak pattern beg dimasa hadapan. Untuk mereka yang sudah membeli, jika menghadapi masalah untuk download atau tidak paham tutorial yang disediakan, boleh ke Group FB --------Be Bag Maker---------- ataupun boleh WhatsApp saya dinombor yang telah diberi.Rujuk  di About Us. Bye...



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping