Cart 0

Meraki Pouch

Salam sayang untuk pengunjung BeBagMaker.com dan salam kreatif untuk bag maker semua. Hari ini saya sangat teruja nak share tutorial Meraki Pouch ni. Sebenarnya senang dan cepat je nak buat.

1buat pouch beg.png
Langkah 1.

Material untuk Meraki Pouch ini ialah 

zip & slider/kepala zip

PU leather

KeyFob

1material buat beg pvc.png
Langkah 2

Boleh menggunakan berbagai lagi jenis material untuk Meraki Pouch ini selain dari PU leather contohnya seperti Vinly Glitter.
1kedai jahit.png
Langkah 3
Lukis pola dan pastikan tambah 1cm untuk basi jahitan.Selepas itu gunakan double side tape dan lipat tepi PU leather.
1mesin jahit buat beg.png
Langkah 4
Mulakan proses menjahit zip. Tukar tapak zip. Disebabkan kita menggunakan material PU leather cara mudah untuk melancarkan dan mengelakkan material rosak, sedikit petua saya nak bagi. Sapukan sedikit losyen di kawasan laluan tapak zip.
1zip besi metal (1).png
Langkah 5
Hasil jahitan setelah mengunakan losyen. Material tidak rosak dan jahitan pun kemas.
1 zip jahit beg.png
Langkah 6
Pisahkan zip dan jahit zip di bahagian sebelah pula, seperti dalam gambar.
1klip beg.png
Langakh 7
Masukkan kepala/slider zip. Pastikan kepalanya di bahagian dalam.
1jarum jahit beg.png
 Langkah 8
Jahit dibahagian bawah pouch. Kalau rajin tukarlah tapak mesin tu ya. Saya ni memang malas sangat nak menukar tapak.
cara jahit sudut beg.png
Langkah 9
Buat bucu pouch anggaran dalam 1cm. Potong lebihannya
1jahit sendiri beg.png
Langkah 10
Terbalikkan pouch.  Dah hampir siap sangat ni.
1pasang keyfob.png
Langkah 11

Masukkan keyfob di hujung pouch, dan ketuklah dengan kasih sayang sehingga mulut keyfob tu rapat.
1hiasan rantai kunci.png
Nak bagi Meraki Pouch ni agar lebih cantik dan tak nampak sensorang je bila digantung, buat lah rambu-ramba tassel. Baru lah nampak sepadan.
1meraki pouch.png
Boleh download pola Meraki Pouch
FREE meraki pouch-PDF



Older post Newer post