Cart 0

Rivet

Rivet digunakan selalunya untuk menyudahkan proses membuat tali beg. Juga mengelakkan  tempat yang tebal dan agak susah untuk dijahit.Ia juga menjadi hiasan tambahan kepada beg.

Apabila bag makers yang pakar seperti  anda  sedang melakukan kerja ,  saiz rivet dipilih mengikut keperluan.

8mm panjang kaki rivet sesuai untuk beg saiz besar yang lapisan beg lebih tebal, dan boleh dikatakan kebanyakkan bag makers menggunakan ukuran ini. Panjang kaki rivet  6mm sesuai untuk beg tangan, dompet dan lain-lain beg kecil.

Ketinggian kaki rivet dipilih berdasarkan ketebalan hal-hal yang perlu dilakukan, anggaran sekitar 2-3mm.

Sebagai contoh: Ketebalan lapisan beg adalah kira-kira 3mm, dan memilih rivet dengan ketinggian 5mm lebih sesuai.

Rivet 6X5 bermaksud 6 adalah diameter permukaan rivet, 5 adalah ketinggian rivet