Cart 0

Classic/Vintage Frames

Kenapa di berikan nama kisslock purse frame?

Apabila untuk menutup beg, biasanya ada dua bentuk bola bulat yang berpegangan seperti bercium dan menyentuh antara satu sama lain. Di sini lah nama itu berasal.

Gaya ini telah wujud sejak beberapa dekad dan masih digunakan pada beberapa jenis beg tangan yang ingin nampak klasik. Salah satu sebabnya – Ia senang dan lebih mudah untuk membuka dan menutupnya. Ia juga ada ciri-ciri keselamatan.

Penutup berbentuk bola bulat adalah versi klasik tetapi kini sudah ada banyak versi yang lebih moden seperti ditambah batu dan berbentuk diamond, ribbon, love yang bertujuan untuk menarik remaja atau orang yang lebih muda bersama mengayakan kisslock purse frame ini.