FREE Pattern KAIRA ENVELOPE CLUTCH
icon-search
icon-search

Frame purse pattern Terbaru

Frame purse pattern Terbaru

Hai semua Bag Maker...

Hari ini dah masuk hari yang ke-23 umat Islam berpuasa. Sudah 2 tahun kita menyambut hari raya dalam suasana yang sangat sederhana, tahun ini saya terbawa-bawa pula mood tu. Baju raya untuk diri sendiri belum beli lagi. Cuma yang pasti beg raya setiap tahun mesti bertukar...

buat beg sendiri-batting pengeras beg-kelas buat beg.png

Seperti biasa saya lebih suka buat beg menggunakan kisslock frame. Kali ini saya menggunakan frame bersaiz 20cm. Pattern kali ini agak banyak bahagian yang kena potong. Sebenarnya pola ini masih dalam percubaan. Selalunya untuk hasil yang pertama ianya adalah percubaan untuk dapatkan cara yang lebih mudah bagi menghasilkan beg yang ke-2 nanti. 

buat beg sendiri-batting pengeras beg-kelas buat beg (1).png

Saya menggunakan material Obi kimono digabungkan dengan PU Leather. Saya suka kejadian separuh siap ini. Warna gabungannya sangat sesuai.

buat beg sendiri-batting pengeras beg-kelas buat beg (2).png

Bahagian badan yang sudah siap. Masa untuk membuat lining (bahagian dalam beg) pula. Saiznya agak comel, jadi sangat berhati-hati semasa proses terbalikkan beg.

Obi Kimono bag-aksesori be-dinner bag.png

Tada!!!..... dah siap.

Obi Kimono bag-aksesori be-ct n honey.png

Saya suka menggunakan rantai beg yang pendek. Beg hanya dipegang sahaja.  

reused obi kimono-aksesori be-ct n honey.png

SELAMAT HARI RAYA!.... 

reused obi kimono-aksesori be-ct n honey (1).png

Bye...



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping