FREE Pattern KAIRA ENVELOPE CLUTCH
icon-search
icon-search

Aktiviti semasa Perintah Kawalan Pergerakan

Aktiviti semasa Perintah Kawalan Pergerakan

Hai semua!. Apa khabar? Harap semua berada didalam keadaan yang sihat dan tenang semasa PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan). Semalam PERDANA MENTERI MALAYSIA YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN  telah memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu dari 15 April hingga 28 April 2020. Maknanya akan ada banyak masa lagi untuk kita yang duduk dirumah. Kena carilah aktiviti yang berfaedah, tak kanlah nak makan tidur je kan.

Kelas jahit online-barang jahitan-bebagmaker.jpg

Disebabkan ini juga nampaknya anak-anak kita pun cutilah sekolah lagi. Sekolah mungkin tidak akan dibuka lebih awal. Mungkin akan ditangguhkan dahulu sesi persekolah sehingga benar-benar yakin keadaan telah kembali pulih. 

Jahit purse-kelas jahit beg-bebagmaker.jpg

Untuk mereka yang ada mesin jahit dirumah bolehlah mengisi masa dengan membuat hasil bersaiz comel seperti dompet syiling ni. Anak-anak kita pun boleh juga cuma menjahitnya.Coin purse-dompet syiling-bebagmaker.jpg

Kisslock frame ini bersaiz 10.5cm boleh di isi duit syiling dan kertas. Selain itu boleh juga diisi kad bank.Kelas photo-samsung s10+-bebagmaker.jpg

Jika menggunakan kisslock frame bersaiz kecil, saya lebih suka pilihan kainnya juga bercorak kecil. Untuk kisslock frame purse berwarna hijau saya menggunakan vintage obi kimono.Frame purse-purse coin-bebagmaker.jpg

Kisslock frame bersaiz 10.5cm ini kita boleh tambah rantai beg mengikut panjang yang sesuai. untuk pembelian kisslock frame dan rantai beg boleh ke website BeBagMaker.com

Chain bag-bebagmaker-ctnhoney.jpgSemoga kita semua akan terhindar dari virus COVID-19 dan jangan lupa menjaga kesihatan seperti membasuh tangan dengan lebih kerap. Gunakan sabun, hand sanitizer dan sebagainya. Juga memakai face mask. Bye....



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping