Menghasilkan corak menggunakan teknik Ikat dan Celup adalah satu proses yang menarik. Dengan menggunakan berbagai cara pengikatan,kita boleh mencipta berbagai corak. Anda juga boleh bermain dengan warna untuk menciptakan karya ikat celup yang luar biasa.
Kali ini saya menghasilkan frame bag menggunakan kain hasil teknik ikat celup atau Tie Dye. Ikat dan celup adalah di antara teknik banyak diguna pakai untuk dijadikan sebagai perhiasan rumah dan aneka jahitan kreatif masa kini.
Ia juga dikatakan sudah lama digunakan oleh masyarakat Jepun tetapi dikenali sebagai ‘Shibori’. Coraknya yang berulang menggunakan warna terang dan tampak eksklusif.
JENIS-JENIS IKATAN SHIBORI
1. Jahitan
2. Ikatan yang diisikan dengan pelbagai objek
3. Lipatan dan ikatan
4. Simpulan
TEKNIK IKATAN SHIBORI
Teknik ikat dan celup corak yang digunakan untuk frame bag saya ini adalah Kumo Shibori / Pleating Technique
Untuk frame bag yang berwarna kuning ini pula menggunakan teknik Itajime Shibori.
Istimewa apabila menggunakan teknik ikat dan celup ini, produk yang dihasilkan adalah unik dan eksklusif kerana setiap corak yang dihasilkan tidak akan sama.
Info:https://honestlywtf.com/diy/shibori-diy/