Umun mengetahui bila disebut jahitan, mesti terfikir tentang menjahit baju. Tapi dunia jahitan ini luas. Ada banyak produk yang boleh dihasilkan dengan menjahit. Contohnya seperti langsir, sulaman, tudung, kraf dan juga menjahit beg.
Sebagai seorang pembuat beg dibawah jenama ct N honey ada banyak cabaran bagi menghasilkan sebuah beg. Terutama menghasilkan beg tempahan. Sebenarnya ada banyak rekaan beg dalam bentuk digital yang dijual dipasaran. Selain dari mendapat idea baru rekaan beg, selalunya setiap pereka beg akan mengajar teknik-teknik mudah dan terbaru bagi menghasilkan beg dengan lebih baik.
Hari ini saya nak kongsikan kepada semua salah seorang pereka beg didalam bentuk digital (PDF) ialah Puan Imaz Zaman @ ImazzPatterns yang berasal dari Trengganu. Sempena dengan rekaan beg beliau yang terbaru The Illusion Shoulder Bag Pattern beliau sudi berkongsi dengan bag maker semua bagaimana bermulanya perjalanan menjadi pereka beg,cabaran sehingga berjaya menempa nama sebagai pereka beg dan mempunyai pelanggan dari dalam dan luar negara.
Be Bag Maker: Bilakah ImazzPatterns mula ditubuhkan?
ImazzPatterns: Dec 2013
Be Bag Maker: Bagaimanakah boleh tercetusnya idea untuk memulakan perniagaan ini?
ImazzPatterns: Saya bermula sebagai bag maker dengan mengambil tempahan menjahit beg dari pattern saya sendiri. Bagaimanapun kerana kekangan masa saya tidak dapat menerima tempahan pelanggan. Saya sangat minat mereka design bag dan mula menjual pattern saya secara digital.
Be Bag Maker: Apakah objektif penubuhan ImazzPatterns?
ImazzPatterns: Memupuk minat dan bakat dalam penghasilan rekaan beg yang berkualiti dan bertaraf dunia.
Be Bag Maker: Apakah visi dan misi ImazzPatterns?
ImazzPatterns: pattern beg yang unik, praktikal dan senang dibuat oleh semua peringkat
Be Bag Maker: Apa yang Puan jangka terhadap perniagaan Puan dalam jangka masa 10 tahun akan datang?
ImazzPatterns:Dapat mengekalkan penghasilan pattern beg yang berkualiti dan diterima baik oleh pembuat beg dalam dan luar negara.
Be Bag Maker: Apakah cabaran terbesar yang perniagaan ImazzPatterns pernah hadapi?
ImazzPatterns: Dahulunya bermula sebagai hobi dan minat yang mendalam dalam bidang rekaan. Masa yang adalah cabaran terbesar ketika itu. Selain itu rekaan saya kurang mendapat sambutan di dalam negara, mungkin kerana kurang publisiti.
Be Bag Maker: Apakah tindakan atau penyelesaian untuk mengatasi cabaran tersebut?
ImazzPatterns: Saya banyak menfokuskan kepada pasaran luar negara yang merupakan pasaran utama saya. Dengan membuka beberapa outlet di pasaran digital luar negara, sambutan yang diterima adalah baik dan stabil.
Be Bag Maker: Apakah keistimewaan ImazzPatterns berbanding beg yang ada di pasaran sekarang?
ImazzPatterns: Rekaan beg saya biasanya dianggap unik dan lain dari kebiasaan. Ada yang mengatakan rekaan saya mempunyai stail tersendiri yang ringkas dan klasik.
Be Bag Maker: Adakah Puan mempunyai pelanggan tetap dalam perniagaan beg ini?
ImazzPatterns: Ya, ramai dari pembeli pattern saya adalah return customer.
Be Bag Maker: Adakah Puan pernah menerima sebarang anugerah?
ImazzPatterns: Saya pernah menyertai pertandingan antarabangsa Design A Bag Competition yang dianjurkan secara dalam talian pada 2019. Saya telah tersenarai dalam `100 terbaik dari penyertaan seluruh dunia.
Be Bag Maker: Apakah pencapaian ImazzPatterns selama menjalankan perniagaan?
ImazzPatterns: ImazPatterns bermula dengan jualan di Facebook Imazzpatterns untuk pasaran tempatan.
ImazzPatterns telah menembus pasaran antarabangsa melalui 4 outlet digital di ETSY , MAKERIST Lovecrafts dan Modern Sewing Bag. Bilangan pattern yang terjual sudah melebihi 7000 unit.
Saya juga pernah menjadi pengajar untuk Rebecca Page ( United Kingdom ) secara online pada Mei 2021. Pada Januari 2022 saya menjadi designer jemputan untuk Bag of The Month Club iaitu satu kelab jahitan beg yang menghimpunkan designer terpilih dari seluruh dunia.
Be Bag Maker: Adakah pelanggan Puan terdiri daripada pelbagai bangsa?
ImazzPatterns: 95% pelanggan datang dari luar negara terutamanya USA, UK, Canada dll.
Be Bag Maker: Berapa lama masa menyiapkan 1 rekaan beg?
ImazzPatterns: Penghasilan pattern memerlukan masa yang panjang dan ketelitian yang tinggi. Setiap pattern mengambil masa sekurang-kurangnya 3 bulan dari idea hingga masuk pasaran. Jadi setiap hari saya memperuntukkan beberapa jam untuk kerja-kerja pembuatan pattern.
Be Bag Maker: Ceritakan serba sedikit tentang rekaan beg terbaru ImazzPatterns The Illusion Shoulder Bag?
ImazzPatterns:The Illusion Shoulder Bag ialah beg yang praktikal, elegan dan menarik perhatian. Mempunyai bentuk beg yang istimewa. Sesuai untuk dibawa kemana-mana sama ada ke pejabat dan juga untuk remaja.
Itulah sedikit sebanyak kisah mengenai siapa di sebalik jenama ImazzPatterns. Apa yang pasti penghasilan sebuah karya kraf tangan itu memerlukan ketelitian, ketekunan dan kesabaran dalam peribadi seseorang insan yang berkerjaya dalam bidang jahitan. Semoga Puan Imaz maju jaya dan dapat menghasilkan idea dan rekaan yang hebat dimasa akan datang. Bye..