Hi, Bag Makers...
Sebenarnya 3 corak bucket bag ini sudah lama saya buat. Cadangnya untuk saya bawa semasa join HKK 2022 yang lalu. Tapi tak sempat kerana sudah berpindah milik semuanya. Bucket bag yang saya hasilkan ini menggunakan material linen yang telah melalui proses indigo dye. Untuk material gabungannya pula saya menggunakn denim.
Rasa seronok semasa menyiapkan bucket bag ini. Semuanya berjalan dengan lancar. Mungkin corak Indigo dye ini cantik dan menarik jadi dapat mood happy.. Setiap beg menggunakan aksesori warna yang berlainan. Ada warna gold, silver dan brass.
Menggunakan rivet untuk menambahkan kekuatan jahitan. Sedikit tips sebelum menggunakan rivet. Pastikan ketebalan material sesuai dengan ukuran rivet untuk mengelakkan semasa proses mengetuk, rivet tidak bengkok atau rosak. Boleh pilih jenis-jenis rivet di sini
Saya menambahkan pengeras tapak beg bagi memberi ketegapan bucket bag ini apabila ditegakkan, juga bagi mengelakkan tapak akan melengkung ke bawah apabila kita mengisi banyak barang. Jangan lupa apabila menggunakan pengeras tapak beg pastikan kita menambah kaki beg supaya pengeras tidak bergerak. Kaki beg juga ada saiz dan bentuk. Boleh pilih di sini yang mana satu sesuai untuk beg.
Apabila ada penggunakan tali beg, aksesori wajib mesti adalah ialah Lobster Clasps, Adjuster dan Dring.Untuk Bucket bag ini saya tidak menggunakan Dring tapi menggantikan dengan Dring yang lebih mudah dipasang di sini.
Pastikan lubang yang kita guna untuk tali jerut lebih besar dari saiz tali. Supaya senang kita untuk menarik dan membuka tali tersebut. Eyelet ring saya gunakan bersaiz 10mm Untuk memberi kekemasan tali jerut pasanglah aksesori di hujungnya. Ada berbagai warna disediakan di sini.
Bagi menghasilkan beg yang menarik selain dari memilih corak dan warna yang sesuai, aksesori beg juga memainkan peranan yang penting. Apabila pattern beg, corak dan aksesori yang sesuai bergabung hasilkan pasti kebaboom.. Untuk Indigo Dye Bucket Bag ini saya menggunakan aksesori terbaru menggantikan penggunakan D-ring yang biasa kita guna. Untuk tali pemegang beg ini pula saya menggunakan aksesori penutup tali lebih menarik dan kemas. Ada berbagai bentuk yang boleh didapati di sini
Kita inginkan setiap beg yang dihasilkan mestilah memenuhi kehendak pelanggan dan yang paling penting selamat. Ada berbagai kunci beg/ Bag lock yang boleh dipilih di sini. Pilih sahaja bentuk yang menarik dan yang paling disukai.
Jumpa lagi di lain kali dengan aksesori beg yang lagi terbaru dan menarik. .. Bye...