Hai, Semua Bag Maker..
Harap semuanya sedang enjoy mengeluarkan idea kreatif dan dapat menghasilkan beg buatan tangan yang sangat cantik untuk kepuasan diri sendiri dan seteruskan pelanggan.
Sebelum dapat menghasilkan beg buatan tangan yang cantik dan kemas kita kena pastikan setiap langkah penting dibawah dibuat.
Menggunakan bahan asas yang betul
Bahan utama dan penting adalah pengeras seperti kain gam, batting dan foam. Dengan berbagai jenis kod dan ketebalan yang ada dipasaran mesti pening juga nak memilih mana satu yang sesuai kan. Sebelum menggunakannya pastikan dulu bagaimana yang anda mahukan kejadian beg itu nanti. Sama ada tegap berdiri, sederhana ataupun lembik (mudah dilipat). Setelah itu bolehlah rasa atau ukur ketebalan pengeras mengikut mana yang sesuai untuk digunakan. Jika anda membeli mana-mana PDF Pattern pastikan mengikut arahan yang diberi. Itu juga salah satu cara untuk mempelajari pengeras mana yang sesuai, dan cara itu boleh digunakan untuk projek beg anda yang lain pula nanti. Untuk yang membeli PDF Pattern Nasia Handbag cara pembuatan bergambar dan video disertakan. Bahan lengkap juga disediakan dimana kain sudah siap dipotong dan dilekatkan. Anda boleh terus mula menjahit setelah menerima bahan tersebut. Lebih mudahkan.
Alat jahitan
Untuk menjahit beg, boleh menggunakan mesin portable atau mesin highspeed. Gunakan jarum yang sesuai seperti no16 atau no18 bergantung ketebalan beg yang mahu dibuat itu. Digalakkan menggunakan benang yang tahan seperti nylon supaya beg yang kita hasilkan nanti kukuh jahitannya. Pilihlah ketebalan benang nylon mengikut mesin yang anda gunakan. Dengan teknik yang betul Nasia Handbag ini boleh dijahit dengan menggunakan mesin portable sahaja.
Aksesori yang sesuai
Menggunakan aksesori yang sesuai boleh menambahkan nilai beg yang anda hasilkan. Gunalah warna aksesori yang terang seperti gold, brass ataupun warna terbaru sekarang rose gold. Dengan menambahkan metal label, twist lock berbagai jenis yang boleh dipilih, pasti akan menyerlahkan lagi beg buatan tangan anda. Pastikan juga menggunakan aksesori yang sama warna tidak bercampur, ini akan menampakkan kepakaran anda dalam pembuatan beg.
Pilihan material (kain)
Ada berbagai jenis kain yang sesuai boleh digunakan untuk membuat beg. Contoh kain seperti kapas(cotton), linen, dan kanvas senang untuk didapati. Untuk memudahkan memilih kain, tipnya ialah, boleh saja menggunakan apa sahaja jenis kain cuma pastikan kain itu boleh di iron dengan suhu tinggi. Elakkan kain yang jenis mengecut dan tidak tahan dengan suhu panas. Ini kerana untuk melekatkan pengeras kita perlu iron dengan suhu tinggi bagi memudahkan gam pengeras itu cair.
Pilihlah corak kain yang sesuai dengan beg yang anda ingin hasilkan.Untuk beg bersaiz kecil seperti dompet, sesuai menggunakan corak yang bersaiz kecil supaya corak itu nampak jelas setelah beg itu siap.Untuk Nasia Handbag sesuai kain yang mempunyai corak besar atau corak menegak. Ini kerana saiz Nasia Handbag ini agak besar.
Untuk Nasia Handbag didalam gambar ini saya menggunakan DC cotton (designer cotton) dari robert kaufman edisi keluaran yang bertemakan batik.
Kebanyakkan Pattern yang ada di BeBagMaker.com boleh dibuat oleh semua orang. Walaupun anda tidak pernah membuat beg sebelum ini ataupun anda ingin meningkatkan kemahiran membuat berbagai jenis beg, dengan arahan bergambar dan tambahan video membantu anda menyiapkan beg tersebut. Pertanyaaan melalui WhatsApp Group juga disediakan pada bila-bila masa.
Saya harap tip ringkas ini berguna untuk anda untuk menghasilkan beg tangan sendiri. Sama ada untuk diri sendiri atau dihadiahkan kepada keluarga dan rakan. Dengan sedikit perhatian dan perincian, anda akan dapat membuat sesuatu yang akan bertahan lama dan dihargai.
Jumpa lagi, Bye....