FREE Pattern KAIRA ENVELOPE CLUTCH
icon-search
icon-search

Jahit Zip Lebih Mudah

Jahit Zip Lebih Mudah

Lebih mudahkan bila beg hanya menggunakan magnetic button. Lebih mudah untuk  dibuka terutama untuk beg yang selalu kita bawa setiap hari seperti tote bag dan bucket bag.

Walau bagaimanapun ada masanya kita tension atau pun geram bila beg tu terjatuh atau terbalik. Semua barang yang ada didalam beg terkeluar, masa tu kalau ada barang yang bersaiz kecil penat juga nak mengutipnya. Lagi-lagi kalau ada barang yang terlalu peribadi, malu...

LECEH...itulah perkataan yang terkeluar bila nak jahit zip. Saya faham tapi cuba tarikh nafas panjang dan luangkan masa untuk membaca bagaimana mudahnya menjahit zip. Supaya selepas ini tiada masalah kalau dapat tempahan yang nak zip luar dalam dan atas beg.


JANGAN GUNA TAPAK MESIN JAHIT BIASA.

tapak suai jahit zip
Tapak zip mesin industri(high speed)


tapak mesin jahit zipTapak zip mesin portable


Apabila menjahit zip perkara paling penting untuk dapatkan hasil jahitan yang kemas dan cantik juga mengelakkan drama air mata serta terkeluar bahasa yang indah (yang sepatutnya anak tak boleh dengar ðŸ˜€) ialah gunakan tapak khas untuk zip.

Apabila menggunakan tapak zip jahitan lebih mudah kerana tapak tidak terkena gigi zip.Juga mengelakkan jarum terkena gigi zip dan akan mengakibatkan jarum tumpul atau patah.

Tapak zip ini digunakan untuk membolehkan kita menjahit sehampir yang mungkin ke gigi zip maka hasilnya zip beg lebih kemas.

Jadi cuma check ada tak dalam simpanan tapak zip ni.
Jumpa lagi dengan tip yang lain pula. Terima kasih.



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping