Ini adalah Obi Kimono Vintage Jepun yang telah diubah menjadi beg.Beg ini sesuai untuk seseorang yang menghargai budaya Jepun, warna yang lembut dan tekstil tenunan berkualiti tinggi. Frame beg ini nampak begitu eksklusif bila digayakan.
Bahan yang digunakan adalah 100% asal dari Obi kimono, dari bahan luar beg hinggalah lining bahagian dalam beg.
Kebanyakkan koleksi Obi Kimono tradisional Jepun sangat cantik. Adalah sangat rugi jika ianya disimpan dan tidak dikongsi kehalusan pembuatan tenunannya.
Obi ini adalah satu aksesori yang perlu ada didalam pemakaian kimono, dimana kimono ini pada mulanya dibuat untuk dipakai pada majlis perayaan seperti majlis perkahwinan.
Kerana pengeluaran setiap corak Obi ini terhad, Saya sangat berhati-hati untuk memilih jenis terbaik untuk dibuat beg.
Setiap bahagian Obi akan dibuat beg. Walaupun beg itu berasal dari Obi yang sama setiap beg dibuat dari bahagian berbeza supaya corak mungkin berbeza antara beg yang lain.
Penjagaan Obi Kimono bag ini, tidak boleh dibasuh. Kain Obi secara tradisi tidak dibuat untuk dibasuh. Mencucinya mungkin menyebabkan pengecutan dan kehilangan kekuatan kain. Menjahit Obi kimono ini adalah sangat senang kerana materialnya sederhana tebal. Diharap bag maker boleh mencuba menggunakan Obi kimono untuk dijadikan beg.Jumpa lagi dengan hasil dari Obi kimono yang lain pula, bye....