FREE Pattern KAIRA ENVELOPE CLUTCH
icon-search
icon-search

Membuat Pattern Beg Sendiri

Membuat Pattern Beg Sendiri
sidra frame purse bebagmaker.jpg

Bentuk purse dan beg datang dalam pelbagai saiz dan bentuk. Walau bagaimana sekali pun bentuknya, satu saja yang sama. Ianya bermula dalam bentuk geometri yang mudah, biasanya berbentuk segiempat, segitiga, bulatan, atau silinder. Apabila kita mengubah suaikan bentuk ini dengan memotong dan melebarkan, kemudian menambah gusset dan dart, jeng..jeng..jeng dari situlah magic pun bermula. Jangan bagi alasan tidak boleh mereka bentuk beg khas yang unik untuk diri sendiri.sidra frame purse gambar flatlay beg.jpg

Fahamkan berbagai bentuk beg, sambil itu kita fikirkan bagaimana beg itu dijahit. Proses juga jadi mudah apabila dilengkapi alat dan bahan yang betul juga mempunyai ruang kerja yang selesa.

Rasanya ramai yang kalau pergi berjalan-jalan, sebenarnya termasuklah saya sendiri, mesti mata tu nak pandang beg yang orang lain pakai. Kadang-kadang takut juga orang salah faham sebab kita asyik tenung beg dia kan. Sebenarnya itu adalah salah satu proses pembelajaran buat beg juga.sidra frame purse tutorial.jpg

Sebaik sahaja sudah terbiasa dengan asasnya, bolehlah melihat dan mencari  idea mana-mana gaya beg dan menambah dan lengkapkan perinciannya menggunakan aksesori beg mengikut cita rasa sendiri. Ramai yang bermula menggunakan material kain, namun boleh juga menggunakan material lain jika kita faham jenis material,kegunaan beg itu dan mengikuti beberapa tekniknya.

sidra frame purse bag making.jpgApabila mereka bentuk beg, ingatlah sepatutnya  bahagian bawah atau tapak beg perlulah kukuh, bahagian atas yang selamat,sama ada di tambah zip atau butang kunci, pembukaan cukup besar untuk isinya, dan poket untuk memastikan semuanya barang yang kita simpan didalam beg kemas tersusun. Sekiranya beg yang kita bawa itu sejenis beg besar dan digalas di bahu, ianya memerlukan pemegang yang cukup dan tahan lama.Itu lah serba ringkas asas untuk mula mereka beg sendiri.

Jika rasa agak susah untuk memahami dan memulakan, apa kata mencuba Sidra Frame Purse yang Pattern dan bahannya boleh dibeli saja. Pattern ini sesuai untuk mereka yang baru nak mulakan projek menjahit beg. 

Boleh klik link untuk proses pembelian PDF Pattern Sidra Frame Purse



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping