Hai!.. Bertemu lagi kita. Kali ini saya nak memperkenalkan satu lagi Pattern baru yang diberi nama Nasia Handbag. Mencari sesuatu yang nampak ringkas tapi anggun? Sempurna untuk dipadankan dengan pakaian asas atau menghadirkan diri ke majlis rasmi, Nadia Handbag pasti sesuai.
Apabila menghasilkan Nasia Handbag ini kita kena perlu pandai bermain dengan corak dan jenis material. Ikut keperluan kemana hendak dibawa. Jika ke majlis rasmi elok menggunakan material jenis songket dan aksesori berwarna emas.
Nasia Handbag ini tidaklah serumit untuk menghasilkannya. Cuma ada bahagian yang saya perlu jahit menggunakan tangan kerana tidak sesuai dijahit mesin. Proses akhirnya adakah memasang frame purse,dimana hanya perlu diskru sahaja.
Nasia Handbag ini boleh digandingkan dengan mini purse mengggunakan kisslock frame untuk melengkapkan lagi gaya.Nasia Handbag ini telah dipamerkan di booth PEKAP semasa majlis
konvensyen Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar yang dianjurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada 30 sept 2019 di Alor Setar Kedah.