Assalamualaikum. Anneyonghaseyo!! Saya, Sharifah Nurul Fazimah bte Syed Muhammad Kamil Ariffin atau lebih dikenali sebagai Nurul @ Omma dikalangan kawan-kawan alam maya dan para pelanggan tersayang. Omma juga adalah founder untuk JariJemariOmma Handmade. Nurul dilahirkan dan dibesarkan di Kota Belud, Sabah. Dan sekarang menetap di Kuantan, Pahang.
Nak tahu tak asal usul nama Jariemariomma tu??
Alkisahnya, anak-anak suka sangat dengan cerita Upin dan Ipin. Dan dalam cerita itu ada karakter Salleh. Salleh pun ada buat perniagaan juga kan dan dia namakan perniagaan dia sebagai Jari jemari Salleh! Dan Omma pula peminat cerita korea. Jadi Nurul pun gabungkanlah JarijemariOmma!
Nurul memang tiada asas jahitan pada permulaannya. Menjahit tangan pon terkial-kial apatah lagi nak mengendalikan mesin jahit. Memang tak pernah terlintas di kepala untuk terjun dalam dunia jahitan terutamanya dalam pembuatan beg. Nurul mula dengan menjahit benda-benda yang simple dahulu seperti tudung dan shawl, barang-barang keperluan bayi seperti babynest, set tilam bayi, nursing pillow,dan baju kanak-kanak. Semuanya hasil pencarian tutorial-tutorial di internet dan Youtube.
Tahun 2017, Nurul mula mencuba menjahit beg. Beg pertama yang dijahit adalah beg sandang (backpack) dan itulah kelas beg yang pertama Nurul sertai. Selepas itu, Nurul mula mencuba menjahit beg-beg yang lain seperti tote bag, pencil case, boxy bag, makeup pouch dan lain-lain. Kebanyakkannya semua Nurul rujuk dari Youtube dan carian di google sahaja. Mula mengenal sikit-sikit barang-barang dalam pembuatan beg hasil dari rujukan, perkongsian dan pertanyaan dari kawan-kawan alam maya.
Alhamdulillah, pada tahun 2018 secara rasminya Nurul melibatkan diri secara serius dalam dunia pembuatan beg dengan nama JariJemariOmma. Pelbagai jenis dan rekaan beg dipelajari dan diterokai. Bukan mudah untuk membawa JariJemariOmma berada hingga ke tahap ini. Yang mana Nurul rasa ini adalah satu pencapaian dan kejayaan yang besar buat diri sendiri. Kepuasan dan maklum balas pelanggan adalah yang paling utama dan di titikberatkan. Ini bagi memastikan kualiti dan jenama JariJemariOmma berada di tahap yang lebih baik di masa akan datang.
Harapan dan visi JariJemariOmma adalah supaya bidang kraftangan ini tidak dipandang enteng oleh masyarakat sebaliknya ia perlulah dihargai. Ini kerana kualiti dan keunikan barangan buatan tangan ini berada pada kelasnya yang tersendiri. Handmade is awesome guys!
Saranghaeyoo!!!