Buat pertama kalinya Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia (PSJK) bersama Sewing World Gallery telah menganjurkan Malaysia Best Handmade Crafter pada tahun ini. Matlamat utama pertandingan ini adalah bertujuan mengekalkan kreativiti dan daya saing dalam pembuatan produk kraf dikalangan pembuat kraf di Malaysia.
Lebih 100 peserta yang telah mengambil bahagian didalam pertandingan Malaysia Best Handmade Crafter ini. Penyertaan pertandingan ini mula dibuka pada 15 Januari 2021 dimana peserta hendaklah melengkapkan syarat pertandingan sebelum 5 Februari 2021.
Syarat pertandingan Malaysia Best Handmade Crafter adalah
1) Pembuat barangan kraf tidak kira secara sambilan atau sepenuh masa.
2) Hantar gambar produk terbaik yang pernah dihasilkan. (mengikut syarat yang telah ditetapkan)
3) Berikan penerangan lengkap tentang produk itu.
4) Maklumat peribadi ataupun kisah anda didalam bidang kraf ini.
Semua penyertaan telah dikumpul dan disemak sama ada memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Markah diberi berdasarkan kreativiti gambar dan copywriting yang menarik. Peserta pertandingan Malaysia Best Handmade Crafter disenarai pendekkan dan hanya Top 13 sahaja yang dipilih.
Bagi top 13 ini pula selain dari markah dari pengadil, pemenang telah ditentukan berdasarkan LIKES yang mereka dapat di Facebook.
Pengadil pertandingan Malaysia Best Handmade Crafter ini terdiri dari
Pengerusi Persatuan Seni Jahitan Kreatif - Madam Fully Chye
Pakar dan guru jahitan terkenal dari Taiwan - Master Hung
Pakar dalam bidang Ecommerce & Copywriting dari Institut Keusahawanan Negara - Encik Abd Azharee
Hadiah pemenang Malaysia Best Handmade Crafter adalah
Top 1-3
Samsung Tablet
3 tahun berniaga di Online Stor TTAHM
Top 10
1 hamper produk jahitan bernilai rm300
1 tahun berniaga di online stor TTAHM
20 orang pemenang saguhati
Voucher 50% untuk 1 tahun yuran di Online stor TTAHM
Pemenang Malaysia Best Handmade Crafter 2021
Pemenang pertama
Siti Noor Misro dari Negeri Sembilan (Handmade ct N honey)
Pemenang kedua
Mohd Ihsan bin mohd saidi dari Terengganu (Diorama rumah kedai)
Pemenang ketiga
Sweelane Mundun dari Sarawak (Handmade Sue & Sha)
Pemenang telah diumumkan secara rasmi pada acara majlis pembukaan 100 kedai The Tunku Azizah Handmade Market (TTAHM) yang telah dirasmikan oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada 3 Mac 2021.
Dimajlis itu juga Madam Fully Chye selaku pengerusi Persatuan Seni Jahitan Kreatif telah memberitahu dimana pertandingan Malaysia Best Handmade Crafter akan dijadikan acara tahunan.
Tahniah kepada pemenang dan jumpa lagi di tahun hadapan.