Berjumpa lagi buat bag maker semua. Hari minggu bagi yang bekerja adalah waktu rehat, tapi selalunya bagi saya pula adalah hari yang tenang tanpa gangguan untuk menjahit. Anak-anak akan buat aktiviti sendiri sama ada buat kerja sekolah atau isi masa lapang dengan bermain game.
Kebetulan stok panel PU leather baru saja sampai dan hati ni jatuh cinta dengan kecomelan gambar budak perempuan tu. Untuk memudahkan saya mencuba panel ini, saya hanya gunakan pattern Elysian Slin Bag yang boleh dibeli di website.
Tema saya pilih warna purple supaya lebih nampak sweet sesuai dengan gambar panel.
Harap bag maker boleh cuba panel ini yang akan berada didalam website nanti. Untuk pengetahuan stok panel ini sangat terhad. Jangan terlewat untuk dapatkannya.
Selamat berhujung minggu dan selamat menjahit.. Bye...