FREE Pattern KAIRA ENVELOPE CLUTCH
icon-search
icon-search

Projek Recycle-Sash/Nagoya Obi Handbag

Projek Recycle-Sash/Nagoya Obi Handbag

Pada masa sekarang berjimat adalah pilihan ramai orang. Dari barangan harian,barang hiasan hinggalah berfesyen. Bila nak beli barangan harian selalunya kita mesti bandingkan harga antara pasaraya ataupun pergi ke pasaraya yang buat offer. Untuk yang suka menghias rumah, mesti suka masuk kedai 2ringgit, Mr DIY, Sakan, Eco dan banyak lagi kedai yang jual barangan dengan harga murah.
recycleproject  aksesori beg bebagmaker.jpg

Untuk yang kreatif  inilah masanya nak tunjukkan bakat sambil berjimat. Minggu lepas saya pergi ke kedai Jalan-Jalan Japan di seremban. Niatnya saja nak cuci mata tengok barangan dari Jepun. Terjumpa pula  sash/ Obi Kimono. Banyak pula corak yang cantik. Yang paling best harganya pula murah. Dah terlanjur jumpa yang murah dan tetiba TING!.. kat kepada tu datang idea, rembatlah 4 helai Obi.recycleproject  birthdaygift bebagmaker.jpg

Sebelum buat sesuatu dengan Obi ni, google lah dulu apa Sash/Obi ni sebenarnya. Macam mana nak guna dan tak sangka ada banyak jenis Obi ni rupanya. Mengikut yang saya faham, saya beli 2 jenis Obi. 2 jenis Nagoya Obi dan 2 jenis Fukuro Obi.
recycleproject bebagmaker.jpg
Untuk projek recycle saya yang pertama menggunakan Obi, saya pilih Nagoya Obi berwarna oren. Nagoya Obi ini mempunyai lipatan yang sudah siap dijahit dihujungnya. Jadi saya perlu buka dulu untuk senang saya nak mengunting mengikut pola beg.
recycleproject sash obi kimono  bebagmaker.jpg

 Disebabkan corak Obi ni nampak eksklusif jadi pilihan pattern beg mestilah yang nampak simple tapi menarik.
Kain Obi yang saya guna ini senang sangat terburai benangnya. Jadi pastikan untuk basi, kita kena lebarkan sedikit dari biasa. Disebabkan teruja sangat nak siapkan, saya tak study dulu. Akibatnya satu beg rosak dan terus masuk dalam tong sampah.
recycleproject jalanjalanjapan  bebagmaker.jpg

Untuk melengkapkan lagi beg Obi saya ni, saya gunakan aksesori berwarna emas. Kain Obi ni tebal saya cuma gunakan pengeras yang nipis sahaja.
recycleproject jalanjalanjapanseremban bebagmaker.jpg
Siap sudah beg hasil pertama saya menggunakan Sash/ Obi Kimono yang dibeli di Jalan Jalan Japan. Salah satu menjadikan barangan handmade ini lebih istimewa dan unik adalah barang yang dihasilkan adalah terhad. Carilah 1 Malaysia, saya rasa memang tak jumpa sebiji serupa macam beg ini.  

Ada 3 lagi Obi yang belum siap. Jumpa lagi dengan hasil dari saya nanti ya. Bye...



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping