Terdapat beberapa perkara yang membuat beg kelihatan profesional, walaupun hanya handmade atau buatan tangan. Sudah tentu jahitannya yang cantik, dan hasil keseluruhan beg itu yang penuh dengan ketelitian dari perincian, kain yang berqualiti, menggunakan pengeras yang betul dan juga pattern beg yang menarik.
Tetapi ada perkara lain yang perlu ditambah didalam pembuatan beg supaya anda atau pelanggan anda akan bangga membawanya iaitu aksesori beg.
Walaupun menggunakan kain yang cantik tetapi apabila menggunakan aksesori yang tidak sesuai dan pemasangan yang salah akan mengakibatkan hasil beg buatan tangan tidak akan menarik perhatian.
Untuk melihat koleksi aksesori yang sesuai boleh ke link Aksesori Beg
Kali ini seperti biasa saya kongsikan hasil handmade bag menggunakan material Obi kimono. Pattern kali ini agak ringkas dan mudah untuk menyiapkannya. Cukup hanya menambahkan beberapa aksesori kerana material obi itu sendiri sudah nampak cantik.
Sebelum menghasilkan satu beg buatan tangan, hendaklah membuat perancangan dari segi material dan aksesori agar hasilnya nanti memuaskan hati pembuat dan si pemakaiannya.
ctNhoney
BeBagMaker