Jika anda berminat dengan dunia jahitan terutama dalam jahitan kreatif, maka membuat beg sendiri adalah aktiviti yang sesuai untuk anda. Apakah langkah-langkah yang perlu anda tahu apabila mahu mereka beg sendiri?
Pertimbangkan saiz yang anda mahukan. Jika anda cenderung membawa banyak benda, anda memerlukan beg yang lebih besar. Jika anda hanya ingin mempunyai beberapa barang yang penting sahaja, pilihlah purse yang bersaiz kecil. Anda juga harus memastikan bahawa saiz beg tangan berfungsi dengan gaya peribadi anda. Sebagai contoh,elakkan beg bersaiz besar jika anda seorang yang bertubuh kecil. Â
Tentukan bentuk beg tangan anda. Sekiranya anda tahu bahawa anda mahukan beg yang lebih besar, fikirkan tentang bentuk duffle, hobo, atau bucket. Jika anda mahu beg yang lebih kecil, pertimbangkan clutch atau wristlet. Jika anda tidak pasti apa jenis beg tangan yang anda suka, pergi ke kedai dan memcuba beberapa gaya yang berbeza sehingga anda dapati yang anda suka.
Fikirkan tentang fungsi beg itu. Tidak semua beg tangan sesuai dalam semua keadaan. Jika anda pergi ke acara rasmi, sangat tidak sesuai anda membawa tote bag. Dan anda mungkin tidak akan membawa clutch berbatu ke kelas atau kedai runcit. Beg tangan itu perlu dipadankan dengan keadaan.
Pilihan kain. Kain yang anda pilih akan menjadi salah satu kos terbesar untuk beg tangan anda. Anda boleh memilih dari pelbagai jenis kulit. Kanvas juga biasa digunakan untuk beg yang lebih besar. Cotton, songket, broket dan baldu adalah pilihan mengikut jenis beg. Jika anda merancang untuk menjahit beg anda sendiri, ujilah kain yang anda pilih. Cubalah menjahit sekaligus dengan lapiskan beberapa keping kain untuk pastikan mesin anda boleh mengendalikan ketebalan kain itu.Juga pastikan qualiti kain itu tidak mudah rosak apabila dijahit.
Pilihan warna. Pilih warna hitam dan coklat jika anda mencari warna yang selamat, warna klasik yang boleh dibawa kemana saja. Warna-warna metalik boleh memberikan beg anda kelihatan moden. Warna terang membuat beg tangan kelihatan menarik, terutamanya jika anda seorang yang berani bermain warna.
Tambahan perhiasan. Anda boleh menambahkan hiasan beg mengikut kehendak sendiri. Boleh saja membuat pemegang beg mengunakan material dan warna yang sama dengan beg. Tambahkan manik, rambu ramba atau aksesori menarik untuk menambah sedikit eksklusif kepada beg tangan anda.
Buat pola dan menjahit beg tangan anda. Tunjukkanlah kreativiti dan kesabaran anda membuat lakaran beg anda sendiri. Pilihlah corak dan mula memotong kain.Lebih mudah menggunakan mesin jahit untuk menyiapkannya. Adalah perkara biasa jika hasil pertama tidak menepati kehendak anda. Practice Makes Perfect.... Bye..