FREE Pattern KAIRA ENVELOPE CLUTCH
icon-search
icon-search

Belajar Menjahit Beg

Belajar Menjahit Beg

Walaupun ada berbagai bentuk beg yang boleh dibeli tapi kadang-kadang  boleh menjadi sukar untuk mencari reka bentuk beg yang benar-benar memenuhi kehendak kita. 

Kita mungkin mahukan banyak poket,pemegang dan beg bersaiz besar . Tetapi bagaimana kita mahu  meletakkan semua ciri-ciri itu dalam satu beg bagi mendapatkan beg sempurna?
kelas menjahit beg (1).png

1.Jawapannya ialah, buat beg sendiri, walaupun ini bermakna anda perlu belajar cara menjahit. Bukan sahaja ini akan menjimatkan wang anda, tetapi ia juga akan membantu anda memahami semua selok-belok proses pembuatan beg.
Di situ anda akan tahu bagaimana cara yang lebih baik untuk membuat beg seperti yang anda mahukan.Terus kembangkan kemahiran anda dari situ. Anda akan dapat cara menjahit dengan lebih kemas untuk beg anda sendiri.

kelas menjahit beg (2).png

2.Belajarlah dengan bag maker yang lebih berpengalaman dengan memasuki kelas menjahit beg. Setiap pengajar pasti mempunyai teknik-teknik yang berlainan, memberi anda banyak idea dan teknik untuk mencuba bagi mencipta beg yang benar-benar mengikut kehendak sendiri. 

kelas menjahit beg (3).png

3.Jika anda kekurangan idea Majalah fesyen adalah sesuai untuk dibuat rujukan. Akan ada banyak iklan yang memaparkan beg tangan, pasti ada gambar beg tangan yang menarik minat anda. Anda tidak perlu menghadkan diri melihat majalah paling terkini. Malah, majalah lama mungkin mempunyai gaya klasik yang boleh menjadi popular tidak lama lagi.

kelas menjahit beg (4).png

4. Bila anda window shopping bolehlah melihat banyak pilihan beg tangan untuk mendapatkan beberapa idea seperti pemilihan material,aksesori terkini dan bentuk beg. Jika anda mempunyai pengalaman menjahit beg, anda juga mungkin boleh membeli beg itu untuk diubah dan memperbaiki mengikut citarasa anda sendiri. Ataupun untuk lebih jimat jika ada beg tangan lama yang sudah lusuh anda boleh membukanya dan bolehlah membuat beg baru mengikut pola asal.

Bagaimana? Berminat nak hasilkan beg sendiri? BeBagMaker.com juga ada menjual PDF pattern dimana anda boleh terus membuat dirumah kerana pola dan tutorialnya akan disediakan sekali. Setelah membuat pembayaran PDF pattern akan dihantar melalui email. 



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping