Agak mudah kali ini nak menyiapkan frame purse. Pattern beg yang simple. Untuk hasilkan frame purse ini saya menggunakan Obi kimono yang dipenuhi dengan sulaman bermotifkan bunga kecil.
Disebabkan Obi kimono ini mempunyai corak melintang, agak terhad bagi saya memotong untuk mengambil corak kain. Saya juga sangat berhati-hati memotong kain bagi mengelakkan benang sulamnya terputus dan tercabut.Untuk Obi kimono sulam ini saya hanya mendapat 4 biji sahaja frame purse.
Saya menggunakan kisslock frame bersaiz 18cm,salah satunya mempunyai pemegang besi.
Mana kala frame purse yang comel ini bersaiz 8.5cm.
Sedikit info yang boleh saya beritahu,jika membuat frame purse bersaiz comel seperti 8.5cm ini hanya gunakan 1 jenis pengeras sahaja. Boleh pilih menggunakan kain gam(CS) ataupun batting. Ini untuk mengelakkan kesukaran menjahit tangan semasa proses mencantumkan beg dan frame.Jika berminat untuk membeli kisslock frame boleh ke BeBagMaker.com Dengan setiap pembelian frame akan mendapat FREE pola. Bye..