Selain dari beg tangan yang selalu kita bawa, ada satu lagi beg yang tak kurang pentingnya yang perlu kita bawa. Selain dari barang peribadi seperti barang mekap, dompet ataupun buku nota ialah beg untuk di isi duit syiling.
Tak perlulah tercari-cari jika kita tiba-tiba perlu menggunakan duit syiling, terutama untuk membayar bil ataupun ingin menggunakan troli dalam pasaraya.
Dompet syiling ni senang dibawa kerana saiznya yang comel dan boleh diisi banyak duit syiling. Agak mudah dan cepat untuk membuat dompet ini kerana saiznya yang kecil berukuran 8.5cm sahaja.
Untuk mereka yang berminat untuk mempelajari cara membuat frame purse ini boleh email ke [email protected] untuk maklumat lanjut tentang kelas menjahit ini.
Bagaimana perasaan anda jika satu hari mendapat hadiah sempena hari istimewa. Pasti rasa terharu,gembira dan terasa diri anda dihargaikan. Apakata untuk tahun ini hadiahkan kepada seseorang yang sangat bermakna kepada diri anda dengan menghadiahkan hasil jahitan anda sendiri kepada yang tersayang.