Kelas menjahit saya masih dibuka kepada sesiapa sahaja. Untuk pengetahuan semua saya hanya memberi fokus terhadap jahitan kreatif untuk semua jenis beg buatan tangan. Kebanyakkan yang datang belajar kerana mahu rasa bangga dapat menghasilkan beg yang dijahit sendiri. Ada juga yang ingin memperbagaikan lagi kemahiran dalam bidang jahitan.
Bukan sahaja rasa seronok apabila berjaya menghasilkan beg sendiri, menjahit beg ini juga berpotensi untuk menjana pendapatan tambahan terutama untuk surirumah dengan mengambil tempahan beg selain dari mengisi masa lapang.Untuk mereka yang berminat belajar menjahit beg kelas saya diadakan di Senawang, Seremban Negeri sembilan. Boleh Google Map, BeBagMaker dan hubungi saya untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tarikh dan masa kelas.