FREE Pattern KAIRA ENVELOPE CLUTCH
icon-search
icon-search

Tempahan Beg Tangan

Tempahan Beg Tangan

Lama rasanya saya tak update blog. Saya agak sibuk dengan kelas menjahit beg yang diadakan di Seremban. Jika sesiapa yang berminat bolehlah hubungi saya. Tarikh dan masa ikut kesesuaian sendiri. 

Tempahan beg batik_beg batik_batik malaysia.jpg

Kali ni saya menyiapkan tempahan yang menggunakan batik terengganu. Sekarang ini ada banyak corak moden dan warna yang boleh dipilih mengikut kehendak sendiri. Untuk sling bag ini saya menggabungkan batik cotton dan kain baldu(velvet). Bag maker-ctnhoney.jpg

Agak mudah menggunakan kain baldu ini, tidak ada beza dengan material yang lain. Cuma pastikan arah ira bulunya sama.Barang jahitan_kedai jahit seremban.jpg

Sling bag ini berbentuk bulat dibahagian bawahnya dan mempunyai 1 poket bahagian hadapan. Disebabkan patternnya yang ringkas saya menambahkan sedikit aksesori iaitu O ring dan 3 hiasan tassel beg.Tempahan beg tangan-handmade bag.jpg

Penjahit beg malaysia_velvet dab batik_beg sandang.jpgItu sahaja hasil yang dapat saya kongsikan untuk kali ini. Jumpa lagi dengan hasil saya yang lain pula. Bye...



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping