Hai, Bag Maker...
Mood menjahit sedang mencanak naik ni, saya jahit saja apa yang saya suka. Terasa ada kepuasan di situ. Bila kita nak menjahit, hasilnya menjadi seperti yang kita nak.
Kali ini saya gunakan material songket digabungkan dengan aksesori beg berwarna gold. Barulah hasilnya menyerlah dan nampak eksklusif.
Frame Purse ini sangat sesuai dibawa kemajlis rasmi, makan malam ataupun sesekali dating dengan tersayang bawalah sekali Purse ini.
Dinner Frame Purse ini menggunakan kisslock frame purse bersaiz 19cm. Agak lain sikit designnya dari frame biasa. Kita hanya jahit tangan dibahagian atas sahaja.Jadi faktor sakit jari tu boleh dikurangkan lah.
Kisslock frame purse ini adalah percubaan saya menggunakan pattern dari Sidra Frame Purse. Ada pula yang pening fikirkannya.. Ya, saya gunakan pattern asal Sidra Frame Purse cuma saya tukarkan Flip Lock Purse Frame dengan Kisslock Frame Purse. Best kan... Terasa untung pula pada siapa yang beli Pattern Sidra Frame Purse, boleh juga hasilkan purse lain.
Ok, Bag Maker jangan lupa mencuba Sidra Frame Purse. PDF pattern akan dijual pada minggu depan di website. Selamat berhujung minggu.
Happy Sewing.. Bye.