FREE Pattern KAIRA ENVELOPE CLUTCH
icon-search
icon-search

Tutorial Sidra Frame Purse

Tutorial Sidra Frame Purse


Semenjak pattern MERAKI  POUCH sudah viral satu dunia, bertambah semangat pula nak buat pattern lain. Kalau di ikutkan ini adalah PDF pattern yang kedua yang saya jual selepas PDF pattern ELYSIAN SLING BAG. Terima kasih kepada bag maker yang sokong saya selama ini.

Kali ini saya menggunakan Flip Lock wallet metal frame untuk membuat Sidra frame purse. Ada banyak variasi hasil menggunakan Flip Lock frame ini. Ini adalah salah satu pattern yang boleh bag maker cuba pula.

Alat untuk menjahit Sidra Frame Purse
Mesin jahit, benang jahit dengan warna yang sesuai, jarum jahit tangan, alat pemotong (gunting kain atau rotary cutter dan mattnya), pembaris, alat tulis, seterika atau heat press.Untuk jarum mesin jahit, gunakan no14 atau no18.


Bahan untuk menjahit Sidra Frame Purse

Tutorial - Sidra frame wallet (3).png

1.Dua jenis kain.Saya menggunakan kain jenis cotton. Untuk kain bahagian luar purse menggunakan ¼ yard atau fat quarter atau dalam 45cm x 55cm). Untuk bahagian dalam purse/lining, poket dan card slot pula menggunakan kain dalam 1/2 yard. Boleh juga menggunakan kain perca bersaiz besar untuk Sidra Frame Purse ini.


Tutorial - Sidra frame wallet (4).png

2.Zip 23cm atau panjang dari itu.

3.Studs bag/Kaki beg 4pcs

4.Monk Head Screws With Ring 2pcs

5.Flip Lock Wallet Frame

6.Rantai/Long Chain 120cm 5mm


Tutorial - Sidra frame wallet (5).png


7.Pengeras Beg/Botton Plate Bag

8. Gam kain/Gam UHU

9.Pemutar skru bersaiz kecil


Tutorial - Sidra frame wallet (6).png


10. Untuk Interfacing Sidra Frame Purse saya menggunakan cotton stabilizer/kain gam kod 5530 dan batting 280g untuk bahagian luar bag. Untuk bahagian dalam beg atau lining,poket dan card slot saya menggunakan cotton stabilizer yang paling nipis atau pun boleh juga menggunakan kertas gam.

Ada beberapa benda yang saya gunakan untuk dapatkan hasil yang cantik semasa membuat Sindra Frame Purse ini. 

Tutorial - Sidra frame wallet (20).pngUntuk dapatkan Sidra Frame Purse ini menjadi tegap selain dari menggunakan battting 280g saya juga menggunakan pengeras tapak beg. Selain dari itu pengeras tapak beg ini akan menampakkan Purse ini lebih eksklusif dengan tambahan stud bag/kaki beg sebagai pelengkapnya.

Tutorial - Sidra frame wallet (24).pngGam kain atau boleh gantikan dengan gam UHU juga menyenangkan kerja semasa proses menyiapkan Sidra Frame Purse.

Tutorial - Sidra wallet card slot (1).png Salah satu sebab kenapa saya suka Menggunakan Flip Lock wallet frame sebagai barang utama membuat purse, adalah mudah untuk menyiapkan projek tersebut. Selalunya pemasangan Frame ini adalah langkah terakhir untuk mengakhiri projek. Tidak perlu dijahit,hanya ketatkan skru, tada...siap.

PDF pattern Sidra Frame Purse ini dijual dan akan berada diwebsite pada minggu depan. Harap bag maker akan cubalah nanti ya dan pasti suka dengan hasilnya, sebab Sidra Frame Purse ini yang berukuran 13.5CM TINGGI X 19CM LEBAR X 6CM TAPAK Sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Boleh di isi telefon bimbit, duit syiling dan kertas juga kad bank.
Ok bye..happy sewing..



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping