Berjumpa lagi dengan hasil kedua menggunakan Flip Lock wallet/purse Frame. Kali ini menggunakan kain linen bercorak rare sangat. Sebab apa rare, corak ni memang susah nak dapat dan harganya boleh tahan juga. Sayang sangat nak guna..Saja saya ambil corak reben tu biar nampak sweet sangat.
Saya bagi nama frame purse ini SIDRA diambil dalam perkataan Arab. Bila dah buat kali kedua ni, ada ukuran dan caranya saya ubah.Saya cuba untuk memudahkan lagi Bag Maker untuk membuatnya nanti. Izinkan saya membuat lagi satu Sidra Frame purse ini untuk final testing.Selepas itu baru saya bagi tutorialnya.
Sidra Frame Purse ini sesuai untuk semua. Sangat comel untuk remaja, dan nampak simple untuk orang dewasa. Tutorial Sidra Frame Purse akan saya beri dalam masa terdekat ini. Sabar ya....
Sebelum Bag Maker menggunakan Flip Lock Wallet Frame ini saya bagi info sedikit mengenainya. Frame ini mempunyai dua keping yang berasingan. Satunya mempunyai sedikit kunci kecil bahagian tengah frame, dan satu lagi frame mempunyai lubang untuk laluan kunci tadi. Apabila memasang wallet di peringkat akhir, anda perlu memotong sedikit lubang supaya dompet boleh ditutup, tetapi ia penting untuk tidak memotongnya terlalu besar untuk mengelakkan lubangnya terlebih besar dari saiz lubang frame.
Pastikan lebar saiz wallet tepat mengikut saiz frame.Jika ukuran tidak tepat sama ada terlalu besar, ia tidak akan sesuai, dan jika terlalu kecil pula akan mempunyai sedikit ruang di tepi frame dan hasilnya nampak tidak kemas.
Disetiap keping frame mempunyai lubang skru.Gunakan pemutar skru kecil untuk mengetatkan skru supaya frame dan wallet dikedudukan yang tepat dan kukuh.
Selamat bercuti panjang terutama untuk untuk pelanggan BeBagMaker.com yang Menyambut Tahun Baru Cina.Bye...