FREE Pattern KAIRA ENVELOPE CLUTCH
icon-search
icon-search

Free Pattern Untuk Mulakan Projek Menjahit

Free Pattern Untuk Mulakan Projek Menjahit

Nak jahit apa? Mesin jahit dah ada cuma sekarang nak mulakan dengan projek yang mudah dan cepat siap.Buat masa ini saya ada 3 projek yang sangat mudah untuk dijahit sehingga anda dapat melakukannya kurang dari 30 minit! Sesuatu yang hebat untuk yang baru nak mula.

Biasalah kan kalau kita buat sesuatu projek tu kalau boleh nak cepat je siap. Sebenarnya tak sabar nak lihat hasil yang kita buat sendiri. Lebih-lebih lagi benda yang kita buat tu untuk diberikan kepada orang istimewa.

Untuk permulaan saya cadangkan anda membuat Eureka Tiny Bag.

free sewing project.png

Projek ini sebenarnya tidak perlu menggunakan mesin jahit. Dengan menggunakan tool dan aksesori beg yang sedikit anda mampu menghasilkan sesuatu yang menarik dan comel. Jika anda mahukan pengakhiran hasil yang lebih menarik anda bolehlah menjahit sekadar hiasan di tepi material itu.

Projek yang kedua pula anda boleh pula membuat Meraki Pouch

free sewing project (1).png

Untuk pengetahuan anda Meraki Pouch ini adalah pilihan ramai bag maker termasuklah dari bag maker luar Malaysia. Ramai dari mereka seronok membuat projek ini. Dengan menggunakan perca dari material PU leather Meraki Pouch ini boleh menyimpan benda yang kecil ataupun dijadikan key chain sahaja.

Akhir sekali anda bolehlah mencuba Mika Sling Bag


free sewing project (2).png
Permulaan projek yang lebih advance/rumit. Pattern ini adalah asas untuk anda menghasilkan projek yang lebih menarik dimasa hadapan. Kerana kebanyakkan beg cara menjahitnya sama cuma apabila diperbagaikan bentuknya akan dapat hasil yang berbeza dari beg yang lain.


Saya harap anda suka projek yang saya kongsikan ini. Semua aksesori beg boleh di beli di website https://www.bebagmaker.com Berseronoklah ketika menghasilkannya. Anda boleh kongsikan hasil projek anda itu dilaman sosial dan jangan lupa hastags #bebagmaker. Bye...



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping