Benda baru, Pengalaman baru.
Saya dapat tawaran dari pengusaha daging arnab. Bukan nak minta buat rendang arnab tapi membuat sesuatu dengan kulit arnab. Agak mencabar juga bila memikirkan sebab tak pernah dalam masa 8 tahun buat beg jahit guna material yang berbulu. Lagipun dah lama tak ambil tempahan beg jadi skill menjahit tu agak slow. Dia pula minta siapkan beg dalam masa seminggu sahaja.
Setelah dipujuk dan niat pula untuk membantu, saya mencabar diri untuk terima tawaran itu. Mula-mula kena google dulu untuk dapatkan serba sedikit info tentang menjahit material bulu ni.Lepas itu fikirkan pula pattern apa nak buat.Dan.... sedia mula..
Panduan menjahit kulit arnab.
1)Potong kulit menggunakan pisau.Hanya potong kulit bukan bulu.Jangan menggunakan gunting kerana bulu akan nampak terpotong dan tidak natural.
2)Kulit arnab nipis jadi perlulah ditambah pengeras beg.
3)Boleh menggunakan mesin portable
4)Dicadangkan membuat pattern yang simple kerana agak susah untuk mengendalikan bulu arnab ini.Proses pembuatan perlulah berhati-hati.
5)Pastikan semasa proses memotong dan menjahit, bulu menghala ke bawah, supaya bulu nampak cantik dan sama arah.
6)Bulu arnab ada berbagai jenis mengikut baka arnab. Ada yang bulu panjang dan gebu. Ada juga bulu yang pendek seperti karpet. Pilih bulu mengikut pattern beg.Untuk beg yang menggunakan zip dicadangkan menggunakan bulu pendek supaya bulu tidak tersangkut ke zip.
7)Untuk dapatkan bulu kelihatan natural semasa proses mencantum, bulu hendaklah berada di bahagian dalam semasa menjahit dengan cara menolak bulu kedalam sambil menjahit.
8)Part yang paling best,andainya tersalah jahit,bila ditetas,bekas jahitan tidak kelihatan kerana ditutup oleh bulunya.
9)Untuk mereka yang ada asma tidak digalakkan untuk menggunakan kulit arnab ini. Sentiasalah menggunakan face mask semasa proses menjahit.
10)Last pesanan dari saya enjoy jangan stress. Buat sampai siap.
Untuk pattern pertama menggunakan kulit arnab, saya mengandingkan bulu arnab dengan songket. Tradisional dan moden. Saya menggunakan 2 keping kulit arnab.
Untuk bahagian atas beg,saya hanya topstich dibahagian songket sahaja. Bahagian kulit arnab tidak ditopstich untuk mengelakkan bulu tidak kembang kerana terjahit dan jahitan akan kelihatan. Begitu juga untuk handle, saya menggunakan handle yang ada rivet.
Siap sudah 1 beg menggunakan kulit arnab.Saya suka bulu yang berwarna putih nampak menyerlah dan gebu. Next.. Kisslock Beg pula.