Keberanian saya mencabar diri sendiri akhirnya berjaya juga dapat menyiapkan tempahan menggunakan material dari kulit arnab ini. Pengalaman pertama jahit material berbulu.
Kali ini pelanggan minta saya buatkan tote bag bersaiz besar sikit dari yang sebelum ini. Setelah membuat 2 biji beg menggunakan kulit arnab sebenar, saya gunakan pengalaman yang ada tu. Jadi agak cepat juga saya menyiapkannya. Cuma bahagian yang paling rumit ialah menjahit handle kerana menggunakan kaedah jahit tangan sepenuhnya.
Saya ada kongsikan info menjahit bulu arnab sebenar ini dalam post terdahulu. Diharap jika ada bag maker yang baru nak menggunakan material berbulu, info itu dapat membantu. Boleh klik link dibawah. OK, jumpa lagi di lain kali dengan hasil handmade bag dari saya. Bye...
https://www.bebagmaker.com/blogs/tutorial/beg-menggunakan-kulit-arnab
https://www.bebagmaker.com/blogs/tutorial/jahit-kulit-arnab