Selamat berhujung minggu untuk semua bag maker. Untuk info sekarang ni ditempat saya dilanda jerebu. Jadi segala aktiviti diluar dikurangkan. Bila dah duduk dalam rumah ni, tak kan nak menung je kan.
Kebetulan ada pattern baru dari https://www.bagstockdesigns Cari kain ada pula yang sesuai. Ok, masa untuk merempit.
Pattern ni agak mudah untuk menyiapkannya jika tanpa ada poket dan flap. Caranya sama je macam kita buat tote bag. Tapi bila dah ditambah poket bahagian depan, jadi nampak kelainannya.
Lagi satu untuk pattern ni boleh belajar cara untuk menjahit zip dibahagian belakang beg. Agak mudah teknik yang ditunjukkan.
Ada zip dibahagian atas beg. Terpaksa buat walaupun saya tak suka part jahit zip.Untuk elakkan jahit tali D-ring saya gantikan PU leather untuk lebih memudahkan proses.
Saiznya agak sederhana tidak terlalu kecil,sesuai untuk semua orang. Untuk crossbody bag ini saya menggunakan material waterproof untuk yang bercorak, manakala digandingkan dengan PU leather nipis berwarna ungu.
Dihiasi dengan aksesori beg berwarna emas.Bye,jumpa lagi dengan hasil handmade saya yang lain pula...