FREE Pattern KAIRA ENVELOPE CLUTCH
icon-search
icon-search

Pembuat Beg Tangan Malaysia - Bib Handmade/Habibah Bt Zainuddin

Pembuat Beg Tangan Malaysia - Bib Handmade/Habibah Bt Zainuddin

Nama saya Habibah Bt Zainuddin beumur 49 tahun dan mempunyai 5 orang anak.  

Saya mula menceburkan diri dalam bidang jahitan beg ini pada tahun 2010. Memandangkan saya mempunyai banyak masa dan semua anak sudah bersekolah dan tinggal diasrama, saya cuba mencari satu hobi untuk mengisi masa lapang, sehinggalah terjumpa satu kelas jahitan kraf.

bib handmade-quilting malaysia-bebagmaker (1).png

Saya belajar pelbagai jenis jahitan beg, termasuklah penghasilan quilting. Setiap hari saya akan menjahit quilting bagi memahirkan tangan supaya mudah mengikut corak-corak quilting. Oleh kerana terlalu minat kepada pathchwork & quilting, saya mula mereka beg-beg saya sendiri dengan menggabungkan teknik quilting pada setiap beg yang saya hasilkan agar menjadi satu kelainan dan seni tersendiri.

Tidak tertumpu kepada kelas tersebut sahaja, justeru saya mula mencari ilmu menjahit beg di luar juga, seperti melalui Pinterest, Youtube dan juga krafter-krafter yang menganjurkan kelas-kelas beg rekaan mereka. Masa berlalu, dan saya pun tidak sangka jahitan kraf yang saya pelajari bermula dari hanya sebagai hobi kini boleh mendatangkan pendapatan. 

bib handmade-barangan handmade-bebagmaker.pngPada tahun 2012, saya memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembuatan beg. Saya tidak hanya menggunakan fabric cotton, saya memberanikan diri menggabungkan pelbagai jenis fabrik seperti linen,jeans & canvas. Kini hasil beg-beg saya mempunyai pelbagai gabungan  Samada dengan PU, PVC dan teknik terbaru sekarang menggunakan laser diatas kayu. Saya menyediakan sebuah mini studio di rumah untuk keselesaan saya ketika menghasil beg. Beg yang saya hasilkan adalah mengikut trend beg terkini dan tidak lupa elemen quilting masih saya kekalkan supaya lebih menampakkan kelainan.

Saya memberanikan diri memasarkan hasil jahitan saya di Facebook dibawah jenama (Bib Handmade). Saya juga menyertai jualan di booth-booth Handmade Market yang disediakan oleh tempat saya belajar dan juga booth Kraftangan Malaysia sempena Hari Kraf Negara setiap tahun. Saya merasa puas bila dapat menerangkan serta menjual terus kepada pelanggan berkaitan beg-beg saya. Dari sini juga saya mula tahu apa kehendak dan pandangan pelanggan terhadap barang Handmade yang saya hasilkan. Yang terbaru saya akan menyertai MYCRAFTSHOPPE oleh Kraftangan Malaysia.

Selain menyiapkan beg untuk pelanggan, saya juga menerima tempahan dari pelbagai pihak.Disamping itu saya juga menjalankan perniagaan sulaman untuk hadiah-hadiah seperti menyulam di atas tuala, beg serta  hadiah sempena majlis perkahwinan, bertunang, harijadi, family day dan reunion & doorgift.

Saya juga terpilih menjadi tester untuk rekaan beg bagi beberapa pihak individu dan juga Kraftangan Malaysia.

bib handmade-Nasia handbag-bebagmaker.png

Sepanjang penglibatan saya dalam bidang jahitan baik secara individu atau secara berkumpulan persatuan kraftangan yang saya sertai, pelbagai pertandingan telah saya sertai juga pelbagai anugerah telah saya capai antaranya “World Guinness Record”, “Malaysia Book of Record” & Pertandingan Jahitan Terpantas. Segala kejayaan ini membuat saya sentiasa bersemangat untuk menghasilkan beg buatan tangan.

Bagi saya setiap rumah wajib mempunyai 1 mesin jahit, sebagai mana saya seorang suri rumah dari hobi kini menjadi kerjaya yang mendapat pulangan yang lumayan dalam bidang jahitan kraf. Berada dirumah juga boleh buat duit.





Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping