Selesai sudah Sew-Along Nasia Handbag yang BeBagMaker.com adakan pada 23-31 Okt 2020 yang lepas. Seramai 60 orang telah mendaftar kedalam WhatsApp group jahitan. Saya tak sangka mendapat sambutan seramai itu dari penjahit beg, memandangkan ini adalah sew-along yang pertama kali saya anjurkan.
Mereka ini terdiri daripada yang sudah lama, juga ada yang pertama kali menjahit beg. Untuk yang pertama kali menjahit beg saya menyediakan bahan lengkap bagi mereka mengenali bahan-bahannya dan memudahkan menyiapkan Nasia Handbag bersama-sama rakan-rakan yang lain.
Agak mencabar juga menguruskan seramai 60 orang itu setiap hari. Kerana masa menjahit mereka tidak tetap. Jadi saya kena pastikan setiap masa kena bersedia menjawab berbagai soalan yang timbul ketika proses menyiapkan Nasia Handbag ini supaya semuanya berjalan dengan lancar.
Disamping memberi ilmu kepada mereka, dalam pada masa yang sama saya juga mendapat ilmu dari mereka juga, melalui soalan-soalan yang mereka tanyakan. Dari situ saya tahu apa masalah yang mereka hadapi sebagai penjahit beg supaya dimasa akan datang saya dapat memberi info dan kongsikan teknik-teknik yang lain pula.
Pada hari terakhir sew-along seramai 50 orang telah memberi gambar Nasia Handbag yang berjaya mereka siapkan. Saya sangat berterima kasih atas kerjasama semua ahli sew along Nasia Handbag.Tanpa anda semua sew-along ini tidak berjaya di lakukan. Jumpa lagi di sew-along ke2 nanti ya...Bye.Bye...
Untuk mereka yang belum mencuba Nasia Handbag boleh ke link untuk pembelian PDF Pattern Nasia Handbag