Tutorial Mika Sling Bag ada 3 part. Pastikan Bag Maker lihat kesemuanya untuk menyiapkan Mika Sling Bag. Selamat mencuba.
Pola yang sudah siap digunting. Ada 5 keping kesemuanya.
Bahan-Bahannya
- 0.5 meter kain cotton/linen
- 0.5 meter kain lining/dalam beg
- 0.5 meter batting (180g)
- 0.5 meter CS/kain gam(5530)
- 2pcs D-ring (2.0cm)
- 2pcs Lobster (2.5cm)
- 1pcs Adjuster (2.5cm)
- 1pcs Lock
- 1pcs Zip
- 1.5 meter cotton webbing
Body
2pcs kain luar
2pcs kain lining
2pcs batting
2pcs kain gam
Flap
2pcs kain luar
1pcs batting
1pcs kain gam
Gusset
2pcs kain luar
2pcs kain lining
2pcs batting
2pcs kain gam
Poket
2pcs kain luar
2pcs kain gam
Strap D-ring
2pcs kain luar
2pcs kain gam
Potong kain dan kain gam lebih besar dari pola,anggaran 1-2cm. Batting dipotong mengikut pola.Iron kain dengan kain gam. Selepas itu iron batting diatas kain gam.
#Pastikan proses ini dibuat dengan keadaan tenang dan sabar. Suhu sterika boleh guna no4-5. Letak sterika keatas kain gam dan ambil masa 3-5 saat dan baru diangkat supaya mendapat hasil yang elok dan senang lekat.
Selesai semua bahagian di iron potong basi dalam 1cm dikeliling setiap pola. Kecuali strap D-ring.
Mulakan proses menjahit bahagian gusset.
Cantumkan bahagian bawah gusset dengan menjahit ditepi batting.
Ambil pula bahagian flap dan liningnya.
Jahit. Kedudukkan kain luar dan lining. Bercorak bertemu corak. Jahit keliling flap kecuali bahagian atas.
Terbalikkan.
Top Stitch flap.
Ambil bahagian poket depan. Ukur dari garisan basi 1 inci.
Tebuk lubang untuk kaki lock. Dan pasang lock.
Lock yang sudah siap dipasang.
Jahit bersama lining poket dibahagian atas sahaja.
Terbalikkan dan jahit top stitch.
Jahit keliling poket.
Strap D-ring dilipat dan dijahit kiri kanan. Pasang D-ring.Ukuran 3x1.5inci
Selesai Part 1
Part 2https://www.bebagmaker.com/blogs/tutorial/tutorial-mika-sling-bag-part-2
DOWNLOAD PDF PATTERN