Part 2
Mencantumkan body dengan gusset
Ambil bahagian belakang body beg. Buat kotak zip. Lukis seperti dalam gambar. Panjang zip ikut panjang kotak.
Gunting garisan tengah dan sudut kotak.
Gunting sudut sehampir yang mungkin dengan jahitan kotak.
#Pastikan benang jahitan tidak terputus.
Jahit Body belakang beg bersama gusset. Temukan garisan tengah body dan gusset.Snip sedikit dibahagian lekuk untuk senang semasa proses menjahit.
Jahit keliling.
Jahit pula poket dengan dengan body depan.
Jahit dengan gusset juga.
Body yang sudah siap dijahit., dan sudah diterbalikkan.
Ambil flap dan jahit dibahagian belakang body
Jahit sedikit saja untuk elakkan flap bergerak.
Jahit strap D-ring dikedua-dua belah bahagian.
Potong dan jahit kain lining mengikut pola beg. Proses sama seperti menjahit body luar beg. Tinggalkan sedikit ruang dibahagian bawah lining untuk lubang beg semasa proses terbalikkan beg.
#Jangan terbalikkan lining.
Masukkan body luar beg kedalam lining.Jahit keliling atas beg. Terbalikkan beg mengikut lubang dibahagian lining tadi. (Maaf gambar semasa proses tak dapat diambil. Guna gambar beg lain)
Setelah diterbalikkan beg, jahit lubang di bahagian lining tadi.Top stitch keliling dibahagian atas beg. Sambung untuk proses membuat tali beg pula.
Part 3https://www.bebagmaker.com/blogs/tutorial/tutorial-mika-sling-bag-part-3