FREE Pattern KAIRA ENVELOPE CLUTCH
icon-search
icon-search

Jenama Handmade Bag ct N honey

Jenama Handmade Bag ct N honey

Untuk yang baru mengenai jenama Handmade Bag ct N honey ini adalah serba sedikit info untuk semua. Pemilik jenama ct N honey bernama Siti Noor Misro iaitu sayalah. Terciptanya nama jenama ini adalah sempena nama saya sendiri yang agak panjang sebenarnya.

jenama ct n honey-beg buatan tangan-logo jenama.png

Jenama ct N honey ini telah mula digunakan semenjak tahun 2013. Maksudnya sudah 6 tahun saya menjual hasil jahitan dimana lebih menumpukan jualan atas talian.

Pada permulaannya saya mengambil tempahan design yang mudah dan senang dijahit. Lama kelamaan diatas permintaan dari pelanggan yang berbagai citarasa saya beranikan diri mencuba design yang lebih rumit. 

Untuk menjaga qualiti dan kekemasan beg tangan jahitan saya ini, dari permulaan proses memilih kain sehinggalah habis proses menjahit hanya saya seorang membuatnya. Jadi penghasilkan beg tangan buatan tangan ini adalah proses yang mengambil masa yang lama dan penuh ketelitian.

Selama 6 tahun membuat beg tangan ini saya hanya akan membuat beg jika ada tempahan sahaja, dan sepanjang masa itu ada berbagai design yang saya telah hasilkan seperti sling bag,clutch,tote bag, laptop bag dll yang menggunakan fabrik seperti linen,canvas cotton dan songket.

Untuk tahun 2020 ini saya tidak akan lagi mengambil tempahan dan hanya akan menghasilkan beg tangan yang sudah siap (readymade) sahaja.Saya inginkan pelanggan merasa lebih eksklusif memiliki Handmade Bag ct N honey. Oleh itu selepas ini saya hanya menghasilkan beg tangan yang menggunakan fabrik dari luar negara iaitu vintage Obi kimono. 

Kenapa Obi? Umum telah mengetahui yang barangan buatan tangan ini adalah eksklusif kerana setiap satu beg yang dihasilkan itu tidak akan sama antara beg yang lain. Untuk vintage obi kimono setiap sehelai obi akan hanya dapat menghasilkan 2-3 beg sahaja, dan agak susah orang lain dapat menghasilkan corak dan pattern yang sama. Ini kerana pengeluaran obi itu sangat terhad dan sukar untuk mendapatkannya kerana ianya didalam kategori vintage.


Penutup paling manis bagi tahun 2019 ini adalah jenama ct N honey telah mendapat kepercayaan Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Dr Wan Azizah untuk dijadikan cenderahati buat orang kenamaan luar negara iaitu isteri Presiden Turki Emine ErdoÄŸan didalam majlis makan malam di kedutaan republik Turki yang berkunjung ke Malaysia sempena KL summit 2019.  

ct N honey- hadiah tetamu VIP-KLsummit2019 (1).png

Perasaan syukur,gembira dan terharu yang saya rasakan ini bukan untuk diri saya sendiri sahaja. Saya percaya semua pembuat barangan buatan tangan khususnya rakan-rakan pembuat beg tangan saya juga, turun merasakannya. Kerana kami adalah kumpulan kecil yang dianugerahkan kelebihan melahirkan kreativiti melalui jahitan. Dimana hasil jahitan itu adalah dari semangat dan kecintaan kami didalam dunia barangan buatan tangan. Diharap ini adalah pembuka ruang untuk barangan buatan tangan tempatan lebih dipandang tinggi bukan sahaja di dalam juga diluar negara.

Salam Perkenalan dari saya Siti Noor Misro pemilik jenama ct N honey dan juga Be Bag Maker



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping