Pada 2-4ogos 2019, bertempat di One City, Subang untuk kali keduanya saya telah bersama seramai 100 orang pembuat handmade membuka booth di The Tuanku Azizah Handmade Market.
Banyak acara dan potongan harga yang bebagmaker sediakan untuk pengunjung booth. Tapi yang paling mendapat sambutan ialah DIY Eureka Tiny Bag secara percuma. Dari yang kecil hinggalah dewasa berebut nak menyiapkan sebiji Eureka Tiny Bag.
Terima kasih kepada yang datang berkunjung dan shopping...
Yang paling havoc dan mendapat sambutan ramai ialah DIY Eureka Tiny Bag. Dari yang kecil hinggalah emak dan ayah berjaya menyiapkannya.
Terima kasih kepada Sewing World kerana memberi peluang kepada saya, sekali lagi dapat berkumpul bersama-sama dengan Bag Maker satu Malaysia memeriahkan acara ini.
Hingga berjumpa lagi tahun hadapan. Terima kasih semua.