Pada 3 Mac 2021 tibalah hari yang ditunggu-tunggu pembukaan 100 kedai di platform The Tunku Azizah Handmade Market (TTAHM) Online yang telah dirasmikan secara dalam talian oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Saya sangat berbesar hati kerana Kedai online Handmade ct N honey turut bersama-sama dengan 100 kedai yang lain berada di platform tersebut.
Untuk makluman semua, Tunku Azizah adalah penaung Handmade Market (TTAHM) yang telah dirasmikannya tahun lalu.
TTAHM yang berada di bawah kendalian Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia (PSJKM) ditubuhkan sejak Februari tahun lalu untuk membantu usahawan industri pembuatan kraf tangan tempatan memasarkan produk sendiri secara dalam talian.
Video Pembukaan 100 kedai Di The Tunku Azizah Handmade Market (TTAHM) 2021
← Older post Newer post →